Wednesday, April 6, 2016

2016-04-01 Jersi Rasmi Kelab Qezumas

Jersi Rasmi Kelab Qezumas
Pejabat Ciclista, TTDI Jaya
02.04.2016 Jumaat

Syukur Alhamdulillah,


Hari ini 01.04.2016 Jumaat, 
Jersi hasil ciptaan dan idaman kalbu siap untuk digunakan.
Bertempat di Pejabat Ciclista sendiri, Jersi, Bib dan Tshirt Qezumas siap untuk Ahli-Ahli Qezumas gunakan untuk pelbagai acara MTB dan Sukan akan datang.


 

Setelah hampir 3 bulan penat memikirkan design untuk Jersi Kelab Ciclista ini dengan pertolongan daripada Ahli-Ahli Kelab Qezumas juga.
Akhirnya dengan bantuan ubah suai oleh Cik Athirah dan En Zaki dari Pakar Reka Ciclista.

Terima kasih juga kepada En Shahirudeen (Boss Ciclista), Shukor dan Nizam atas sokongan berterusan pihak Ciclista terhadap kami sejak dari 2013 lagi.
Semoga Ciclista terus maju dan sukses.



Corak kali ini lebih kepada Corak Eksekutif (Segak dan Garang) berbanding sebelum ini dan diharapkan sesuai untuk semua Qezumas.
Hitam utuk menawan
Unggu untuk kesegakkan
Merah Jambu untuk keselesaan.


Terima kasih kepada Tuan Timbir dari Proucell kerana sudi bersama-sama kami de Qezumas dengan Logo Proucell yang menarik lagi menambahkan semangat kami apabila menggunakannya nanti. Semoga Proucell akan terus sukses dan dimurahkan rezeki perniagaan.

Terima kasih kepada Ahli-Ahli Qezumas,
baik dari Kelab Zulq'73 mahupun yang terbaharu kerana sudi menggunakan Jersi Rasmi Qezumas,
Zulq, Firdauz, Azizah, Hj Shahzan, Jamal, Ashraf, Adik Aina, Ajimz, Aliff, Noorhaslina, Farid, Zulkapeli, Elias.

Biar kecil asalkan kita sama-sama dapat beriadah demi kesihatan dan persahabatan.
Gambar Ahli-Ahli Kelab Qezumas memperagakan Jersi Rasmi Qezumas akan dipamirkan sedikit masa lagi.
 


Semoga Kelab Qezumas dapat diterima semua warga MTB dan Berbasikal Malaysia.

MTB - Riadah, Sihat & Sahabat.

Terbaik!
Zulq
Qezumas
  
  
 
 

 
 

   



2016-02-20 Sabtu - Kriterium Shah Alam (SEL) 2016

Kriterium Shah Alam (SEL)
20.02.2016 Sabtu
Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam Selangor

Satu pembelajaran yang berguna dalam menbentuk jati diri agar boleh maju ke hadapan.
Menang Kalah adat pertandingan yang lebih mustahak pengalaman berguna bertanding bersama rakan rakan seperjuangan.


Tahniah kepada semua pemenang.

Tahniah juga buat jaguhan kami Zulfatah Firdauz 
yang berani bertanding 2 acara kali bawah 18 tahun dan Lelaki Terbuka.
Ayuh teruskan kayuhan agar semakin maju.

Terbaik!

Zulq
Qezumas
000/02/2016