Jersi Rasmi Kelab Qezumas
Pejabat Ciclista, TTDI Jaya
02.04.2016 Jumaat
Syukur Alhamdulillah,
Hari ini 01.04.2016 Jumaat,
Jersi hasil ciptaan dan idaman kalbu siap untuk digunakan.
Bertempat di Pejabat Ciclista sendiri, Jersi, Bib dan Tshirt Qezumas siap untuk Ahli-Ahli Qezumas gunakan untuk pelbagai acara MTB dan Sukan akan datang.
Setelah hampir 3 bulan penat memikirkan design untuk Jersi Kelab Ciclista ini dengan pertolongan daripada Ahli-Ahli Kelab Qezumas juga.
Akhirnya dengan bantuan ubah suai oleh Cik Athirah dan En Zaki dari Pakar Reka Ciclista.
Terima kasih juga kepada En Shahirudeen (Boss Ciclista), Shukor dan Nizam atas sokongan berterusan pihak Ciclista terhadap kami sejak dari 2013 lagi.
Semoga Ciclista terus maju dan sukses.
Corak kali ini lebih kepada Corak Eksekutif (Segak dan Garang) berbanding sebelum ini dan diharapkan sesuai untuk semua Qezumas.
Hitam utuk menawan
Unggu untuk kesegakkan
Merah Jambu untuk keselesaan.
Terima kasih kepada Tuan Timbir dari Proucell kerana sudi bersama-sama kami de Qezumas dengan Logo Proucell yang menarik lagi menambahkan semangat kami apabila menggunakannya nanti. Semoga Proucell akan terus sukses dan dimurahkan rezeki perniagaan.
Terima kasih kepada Ahli-Ahli Qezumas,
baik dari Kelab Zulq'73 mahupun yang terbaharu kerana sudi menggunakan Jersi Rasmi Qezumas,
Zulq, Firdauz, Azizah, Hj Shahzan, Jamal, Ashraf, Adik Aina, Ajimz, Aliff, Noorhaslina, Farid, Zulkapeli, Elias.
Biar kecil asalkan kita sama-sama dapat beriadah demi kesihatan dan persahabatan.
Gambar Ahli-Ahli Kelab Qezumas memperagakan Jersi Rasmi Qezumas akan dipamirkan sedikit masa lagi.
Semoga Kelab Qezumas dapat diterima semua warga MTB dan Berbasikal Malaysia.
MTB - Riadah, Sihat & Sahabat.
Terbaik!
Zulq
Qezumas

































No comments:
Post a Comment