Syabas dan Tahniah buat
Sdr Zick dan team Gajah Terbang Rider
yang berjaya menganjurkan Kayuhan Sulung mereka de dakian Bukit Broga.
Seramai 30 percinta MTB datang sejauh Puchong dan Ampang telah bersama-sama bersantai dan merasai sendiri dakian Bukit Broga.
Dapek gak Den Lesen Bukit Broga 2016
Ajimz dan Hj Shahzan.... ready yo!

Jalan onroad Sesapan Rembau ke Kg Tarun
masuk ke kawasan Offroad Kg Tarun sehingga keluar ke simpang Nott University Jalan Broga.
Tinggallah kami Otai ... abg Muz Racer Abe Se dll ditemani sweeper Aboy.
Recovery konon.. abik kau
Apapun semua tu ilang bila sampai dipuncak Bukit Broga....
siap baring Den kojap ateh tanah kih kih kih.
siap baring Den kojap ateh tanah kih kih kih.
Naik yo umak ai doket Sejam.. mano tak eh nolak yo.. maleh
selepas sessi gambar beramai-ramai
best giler tapi tak pueh sobab punya la laju 5 minit joe.... tak aci betul.
Balik onroad di Jalan Broga singgah minum reramai sebelum masuk ke Kg Tarun Sesapan Rembau untuk sampai ke Kedai Basikal KTM Beranang.
Terima kasih penganjur untuk sajian Meehon dan Sirap.... lega rasa sodap pula.
Penutup sessi cabutan bertuah...
Alhamdulillah Den dapek glove idaman Chiru saiz S heheheee...
Secara keseluruhan saya amat berterima kasih kepada
Zick dan geng Gajah Terbang Rider
Pak Idan Gopor Pak Tokek dll yang terlibat
Memang Terbaik!.
Terima kasih juga kepada semua yang datang santai hongeh bersamo samo yo.
Insyallah ade rezeki tentu saya akan kayuh sama-sama ye.
Tahniah juga atas jualan KTM yang laku sehingga habis stok ye.... Terbaik!
Kayuh.. Riadah, Sihat & Sahabat.
Zulq
Qezumas














































































































































No comments:
Post a Comment