Monday, October 31, 2016

Rembau Challenge 2016 23102016 Ahad Dataran Rembau NS 65km Zulq Qezumas Zulfatah Firdauz Norazim Ghani Ajimz



Rembau Challenge 2016
23102016 Ahad
Dataran Rembau NS
65km
Zulq Qezumas 
Zulfatah Firdauz 
Norazim Ghani Ajimz

Teruja melihat YB KJ beraksi de RC2015 
lebih lagi de kampung halaman arwah ayahandaku disini. 
Kami bertiga Zulq, Dauz n Ajimz sedia menyahut cabaran RC2016.



22.10.2016 Sabtu

Selepas Firdauz naik podium no 9 Remaja de Harian Metro Lukut N9.
Abik dia de Kedai Lasak Nilai
Sempat jumpe Azlisham, Timbir Cikgu Ezanee dan Zulfahmi63
untuk Proucell dan ProuMaxx


sebelum bergerak ke Rembau Challenge utk abik goodies bag kami bertiga.
Di Rembau teruja lihat tapak event. 



tak sabar rasa nya utk tamatkan 65km cabaran esok.



Insyallah RC2017 kami akan bermalam terus disini sbb malam ade taklimat acara.


Balik Kesuma rehat.


23.10.2016 Ahad 

4.00pagi 


Aku n Firdauz gerak ke RNR Seremban sbb Ajimz dh tggu situ utk konvoi ke Rembau.

5.00pagi 




sampai Rembau..
Rehat Solat Subuh dan Sarapan Pagi sebelum acara mule pada 7.45pg utk Individu.

7.45pagi







RC2016 bermula dgn larian 2km sekitar Dataran Rembau ๐Ÿƒ๐Ÿฟ๐Ÿ’จ๐Ÿƒ๐Ÿฟ๐Ÿ’จ
lame betul tak lari nie.
Punye la santai aku n Ajimz antara yg last sampai ke Beskel. 
Firdauz dah hilang gan leader group.


Selepas acara lari 
Acara Basikal ๐Ÿšด๐Ÿ’จ๐Ÿšต๐Ÿ’จ jarak15km onroad dan offroad
Penat jugak sbbkan larian anak tadi. 
Pelan2 ke depan walaupun jauh ketinggalan. 
Dari onroad masuk ke offroad. 
Baru nak layan downhill.. 
jumpe Dmas dan Ajimz yg sedang bantu sabahat mereka yg jatuh disini.. 
patah handle karbon. ๐Ÿš‘๐Ÿ’จ๐Ÿ’จ๐Ÿ’จ
Stay sini 30mimit sblm sambung kayuh offroad dgn Ajimz sehingga ke River Trail.



Kami meredah dan menolak sambil meredah 
anak sungai berpasir yg sejuk sejauh 1km ๐Ÿšถ๐Ÿฝ๐Ÿ’ฆ๐Ÿ’ฆ๐Ÿ’ฆ๐Ÿ’ฆ



Sambung kayuh 2.6km ๐Ÿšด 
Sampai de Sekolah utk larian 3km ๐Ÿƒ๐Ÿฟ 
Orang lari kami jalan sebab kaki dh kejang gara gara sejuk main ayer tadi hahahaaa...



Sambung kayuhan 10km๐Ÿšด 
sekitar kawasan Rembau Kota Cengkau Ulu utk ke Gunung Datok๐Ÿ”
Lps naik jejantas utk seberang landasan keretapi 
kono lak ujian lari ateh terompah kelapo pakai kaki ayam.. 
aduhai lenguh kebas kaki den hahahahaaa.
Sambung kayuh ๐Ÿšด
ke Gunung Datok๐Ÿ”.




Henti minum ๐Ÿน 
Bermulalah larian๐Ÿƒ๐Ÿฟ 5km ke kaki Gunung Datok ๐Ÿ” 
menaiki ke air terjun utk cabaran seterusnya. 
Dah lah jalan daki naiki trail yg agak memenatkan dgn mengejar masa time out sblm 12.30tgh..
Kono pulak kene renang๐ŸŠ dlm air sejuk utk memegang tanda arah utk selesaikan ujian... 
mandi la pulak abis satu badan sejuk.
Bagus jugak sbb jadi segar terus... 
turun lereng Gunung Datok gan Ajimz sehingga ke tapak minuman tadi... 
Alhamdulillah berjaya walaupun masih ramai yg baru sampai disini. 
Last acara yg kene tukar kasut lari aku.๐Ÿน๐Ÿน๐Ÿ’ฆ๐Ÿ˜‚
Kami sambung kayuh balik ke penamat sejauh 10km 
sekitar Chengkau Ulu Rembau๐Ÿšด๐Ÿšต
Salah satu yg menariknya ialah dapat lalu di rumah peninggalan keluarga arwah abah tempat aku balik kampung masa kecik dulu ๐Ÿก
Kayuhan offroad n road terus ke Dataran Rembau walaupun agak memenatkan.
Sampai jugak di Dataran Rembau, 

kami tamatkan acara 200meter dgn merangkak bawah tali dan langkah rintangan tali.


Akhirnya kami berdua Zulq n Ajimz berjaya menghabiskan 
Rembau Challenge 2016 sejauh 65km dengan masa 6jam 07minit.
Punya lah pueh ati sobab dapek Medal dan tshirt khas Finisher


Torbaek!




Bangga la kojap berdiri bertiga dgn Firdauz 
dengan jam masa atas kepala yg menunjukkan masa penamat kami.


Terima Kasih dan Tahniah Ajimz, 
yang sudi menjadi teman aku sepanjang 65km ini 
dengan macam macam benda kami buat lari jalan rehat krem sumo ado.

Tahniah kepada Firdauz
yang pertama kali mencuba diri event ini dengan masa 
3jam 40minit dikedudukan no 12 keseluruhan peserta individu
sikit lagi utk Podium.
Suatu yg mengejutkan utk dia yg pertama kali dan baru dalam acara ini.
Insyallah tahun depan kene latih betul2 dlm larian 
dan kembali dgn lebih laju utk Podium.... 
Torbaek!

Syabas dan Tahniah 
kepada Penganjur, 
krew 
anggota keselamatan 
perubatan 
dan 
seluruh penduduk Rembau 
yang berjaya bersama sama menjadikan acara ini menarik dan sukses lebih lagi dengan kehadiran 
YB Khairy Jamaludin.


Secara keseluruhan 
Kami Qezumas amat berpuas hati dengan prestasi kami 
de Rembau Challenge 2016 ini.
Sudah tentu kami akan kembali untuk edisi RC 2017.


Terima kasih kepada 
Timbir Proucell untuk ProuMaxx,

Memang bagus dan banyak bantu kami semasa kehilangan tenaga.

Tahniah dan Terbaik!
Kami Qezumas

Zulq 6jam07minit44saat 136
Ajimz 6jam07minit42saat 135
Firdauz 3jam40minit39saat 12
Katogeri Individu Terbuka
Kami Qezumas
Proucell @ ProuMaxx




#KamiQezumas#ZulqAjimzDauz#RembauChallenge2016#65kmLariKayuhPanjatGunung#
Torbaek!


























No comments:

Post a Comment